teringat aku kepada cerita kartun CHIPMUNKS, dimana kartun tupai yang cerdik tetapi nakal selalu membuat perkara2 yang menyakitkan hati org atau binatang lain... tapi kisah aku kali ini berbeza dengan ape yang berlaku didalam cerita kartun tersebut...
CHIPPETS adalah gelaran kepada seorang rakan baik aku, kini ia telah menemui CHIPMUNKS pilihan hatinya dan telah melangsungkan perkahwinan mereka baru2 ini... Tahniah aku ucapkan kepada dorang....
untuk pengetahuan korang gelaran CHIPPETS ini aku n kawan2 aku gelarkan kepada dia setelah melalui satu perkara yang melucukan semasa persahabatan kami ketika semua bujang dahulu...
peristiwanya begini :-
tempat kejadian :- food court TKK Ipoh
masa kejadian :- lebih kurang jam 8.30 malam
tarikh kejadian :- tak ingat, tapi dlm tahun 2003
bilangan yg terlibat :- 6 orang termasuk ODN ( org dapat nama )
- awin, along, zali, dae ( aku ), put n ida ( ODN )-
setelah memesan makanan dan minuman untuk makan malam tu, aku n the geng dok la sembang2 sambil bertukar2 pendapat.. tetiba aku ternampak seekor tikos yang agak beso ( agaknye tikos mondok kot ) dan aku telah berkata kepada kawan2 aku tu seperti di bawah....
aku :- tgk tu, besonye...
along n zali :- woi beso gile
dan dengan selambe n muke xmalunye dia berkata....
ida : ala ape korg nie, tupai tu.....
kami semua terdiam seketika setelah kami mendengar jawapan yang agak bernas dari kawan aku tu.... dan aku berkata kembali kepada dia...
aku :- ko gile ke, tu tikos le bukan tupai.....
ape lagi mmg pecah perot la aku n kengkawan yang lain bergelak sakan malam tu sampai nk makan pun xboleh....... nk makan je nk tergelak, nk gelak je xboleh nk makan....
hehehehehehehehehehehehehhee.......
dan dengan kesempatan itu lah kami mengelarkan beliau dengan name IDA CHIPPETS... kalo aku ternampak tikos ke tupai ke xkire la yang betul @pun kartun ke aku mesti teringat kat cerita nie.... mmg aku xkan lupe sampai bile2... bile kami berkumpul kembali cerita nie mmg kami akan terus bercerita untuk mengingatkan kembali kisah n kenangan kami dulu....
ape pun, IDA CHIPPETS mmg seorg rakan yang baik bg kami semua...
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada ko IDA CHIPPETS n CHIPMUKS pilihan hati ko dari aku sekeluarga...